Simpan…

Sminggu dua bergerak bersama akhawat sangat mengesankan…

Sekian kalinya join prog..tp rasa mcm dapat bnda baru je…

Posted from my3iliyyin

Advertisements

kosong , tanpa warna

Lemah je rase dua tiga hari ni.

Makan cukup.
Tidur pun cukup.

Tp,

Dalam kelas kejap je boleh fokus.
Time usrah pulak , pasif.
Hari-hari berlalu kosong , tanpa warna.

Berterusan macam ni? No way!!! Do something dila!

>dunia ladang akhirat<

Posted from my3iliyyin

Kenapa dengan kamu ?

“Rumah saya banjir lagi…sobs…sobs…”

Ya, lebih sepuluh kali kami bertungkus lumus membuang air yang keluar dari saluran air dapur , dan lebih sepuluh kali juga hati kami teruji adakah kami ikhlas membersihkan rumah…

“Astaghfirullah…”

Hanya satu kalimah yang mampu kulafazkan…

Agaknya dah berapa kali lah hati ini menyumpah itu dan ini, mengumpat encik ‘wakil tuan rumah’ atau mengutuk lubang xbernyawa yang tersumbat tu…huhu~

Kali pertama air membanjiri rumah kami adalah dikala  minggu exams..owh, masa time tu..hati meronta bertaubat …klu2 ujian ini kerana dosa2 lalu…maka diri ini menyesali..alhamdulillah..akhirnya,air berhenti mengalir keluar dari lubang…

Tapi,

Aku lupa…ini semua berlaku dengan izin Allah..bukan kerana aku yang berusaha pon… ” of course not! ”

Kemudian,beberapa kali lagi rumah kami ‘dinaiki’ air…

Sedarlah wahai diri…
Allah mahu menguji sejauh mana ikhlasmu ?
Juga , sabarkah kamu tatkala diuji ?
Dan adakah Dia masih menjadi rujukanmu tatkala diuji ?

Belajarlah dari seerah…
kesudahan mereka yang diuji , meminta dijauhkan bala..tapi dikala senang…dia lupa…
Belajarlah dari Rasulullah yang ikhlas dalam stiap tingkah lakunya..
Belajarlah dari alam yang tunduk kepada Allah walau bagaimana keadaan melanda , mereka setia…

“astaghfirullah”

YA RABBI , ampuni dosa2 kami…

Moga kami tergolong dikalangan hamba-Mu yang mukhlisin… Ameen…

*******

P/s; sahabat ghurabaa’ ku…moga tarbiyyah Allah ini menjadikan kita hambaNya yang benar2 mukhliseen,musbireen, dan mujahideen !

AMEEN.

Posted from my3iliyyin

Kembaraku di Bumi Anbiyaa’

Bismillahirrahmaanirrahim…

semoga kita semua berada di bawah rahmat-Nya…

Alhamdulillah,satu subjek peperiksaan selesai diharungi…masih berbaki 5 subjek lagi.

Juga dipanjatkan kesyukuran apabila subjek yang mahu diambil untuk short sem nanti telah selamat di daftarkan , sekalung penghargaan buat mereka yang membantu saya dan sahabat-sahabat.

Melihat ruangan kanan atas blog(daisypath) menunjukkan bahawa kembara ilmuku di bumi anbiyaa’ ini berbaki hanya lebih kurang 1 tahun sahaja lagi…

‘sejekap betul!’

Rase baru hari tu je kapal terbang Royal Jordanian mendarat menurunkan kami di bumi ini.

teringat saat-saat…

Bila tayar kapal terbang mula terangkat..aku mula untuk ‘up date’ balik niat ke Jordan..sepanjang perjalanan aku berfikir2

‘kenapa aku nak datang Jordan ea?…sebab ape?’

Risau..kalau-kalau kembara ni hanya akan menjadi sia-sia..

‘dua tujuan utama manusia hidup di dunia…apa?’

‘ibadah….satu lagi,sebagai khalifah..’

Kedua-dua di atas adalah untuk kita capai redha Allah,matlamat paling besar kita.

Oppsss..sebelum tu…saya sekarang sedang menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Syari’ah (Ekonomi dan Perbankan Islam)

—————-

P/s; act,ni post stahun yg lpas…saje tgk2 posted post…skali jumpa yang draft post…huhu~ni kes kerja tertangguh la ni..astaghfirullah…muslim yg faham peranannya n tanggungjawabnya yg sangat banyak,takkan menangguh dalam urusannya…seperti yang disebutkan pakcik IHAB…tanggungjawab kita melebihi waktu yang ada…

Jom menjadi manusia yang tersusun dalam stiap urusan !

Mimpi semalam..

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang…

Aku rindukan Dia…
Aku rindu merintih padaNya~

Majlis kali ni sangat meriah.orang Cina,Afrika,India,omputeh,semua pon hadir sama memeriahkan.kalau tak silap aku…majlis ni berlangsung di..Malaysia.”Malaysia?”…haah~
Not in Jordan

Aku memanjangkan leher melihat2 apa yang ada.”MasyaAllah,pengantin dia.. canteknye..!” inilah satu-satunya majlis perkahwinan yang pernah aku hadiri melibatkan tetamu dari pelbagai negara..ala,..ala2 GMJ ! Bagi aku,Global March to Jerusalem(GMJ) di Jordan
yang aku join sebulan yang lepas bagaikan sebuah hari keluarga(walaupon aku dan sahabat2 je yang berbeza warna kulit)…ketenangan menyelubungi kami sepanjang perhimpunan.aku pasti,perasaan ini hadir kerana mereka yang menyertainya berhimpun atas satu cinta dan cita-cita yang sama…Opps…ok,kita berbalik pada majlis yang best td..

“erk,aku tak solat lagi lah..adoi,camna boleh terlupa ni! Astaghfirullah..lalai..hanyut dibawa alwahn..huh~” segera diri ini melangkah,mencari ruangan yang sesuai untuk menunaikan rukun iman yang kedua.jenuh mencari,akhirnya,…satu ruang kecil yang disekelilingnya dipenuhi tetamu yang sedang duduk-duduk bersembang menjadi pilihan aku.”dah xda tempat laen…usolli….”.solat.korang tanya keadaan sekeliling?entahlaa…aku pon tak sedar sangat apa yang berlaku sepanjang aku bersolat.

Usai memperkemaskan diri,aku menarik sebuah kerusi dan meletakkannya berhampiran dengan seorang wanita warganegara…err..orangnye berkulit gelap ala2 orang dari Africa..hmm..aku pon kurang pasti dari negara mana.Bersama sister ni anaknya yang saangat comel…wee~ hehe…ade lagi! Sebelah anak wanita tadi ada juga seorang anak kecil duduk seorang diri..sepertinya sedang menanti si ibu.mungin!(kedua2 mereka berumur sekitar 2 tahun..kecik lagi!)

Budak kecik…adoyai…comel sangat! Seorang bekulit cerah,seorang lagi gelap.Aku perhati je gelagat mereka berdua,tak lama kemudian baru aku tersedar..”kenapa adik2 ni camni?”.sepertinya ada sesuatu yang membelenggu mereka dari melakukan sebarang interaksi…pandang pon tidak,jauh sekali untuk bermain bersama!

“Ya Rabb,kurniakan ketenangan buat kedua anak kecil ini..ameen” aku hanya mampu mendoakan.

Terasa tegang dengan keadaan ni,tangan aku tiba2 menggatal lalu mencuit pipi anak kecil yang berseorangan sejak dari tadi..”are you ok?” (erkkk,matang kot soalan camni aku tujukan pada seorang anak kecil)..Anak ini menoleh,memandang tepat pada mataku,dalam-dalam.tanda memahami situasi yang sedang berlaku..dan maksud persoalanku. Suasana sepi.”aku tersalah cara ke?” Tiba-tiba,..

“i love you lillahi ta3ala…”

Kata-kata keramat,ikhlas dilontarkan khas buat anak kecil berkulit gelap.Terpecah sudah ais yang membaluti dua jiwa ini. Terkesima sebentar.tergamam.perlahan-lahan..si adik berkulit hitam membalas..”i love you lillahi ta3ala too…!” sambil memberikan satu dakapan kemas khas buat si sahabat…mengalir air mata aku dan wanita berkulit hitam tadi.Ukhuwah si kecil kelihatan ihklas dan tulus hanya kerana Allah.

T_____T

Subhaanallah, sweeeeet sangaaat!

Ucapan ikhlas dari hati 2 anak kecil.kagum.terpesona.adik2 ni pon boleh berukhuwah aweet camni,aku?takkan nak jadi camni sampai bila2..

Macam pelik kisah ni…kanak2 yang sangat…tak tau naka kata apa..

Mimpi semalam berakhir…
mimpi?
Haah,….

Kenyataan hari ini…

Terbaru,aku baru pulang dari bulatan gembira bersama adik2…sebelum itu,sempat aku bertanya khabar..masalah….qadhaya bersama hadek2 tersayang.. ❤

Mengimbau situasi beberapa liqo yang lepas..jiwa aku runtun.terasa hambar.kering."apa masalah aku sebenarnya?" Harapan aku hanya satu…

"Ya Rabb..sesungguhnya hambaMu ini terlalu banyak melanggar janji pada-Mu..tetapi aku merayu padaMu agar tidak dihijabkan hati adek2ku dari menerima hidayahMu kerana dosaku yang melambung tinggi…".

Setiap kali aku hendak bersama mereka..niat diperbaharui..

"sesungguhnya aku sedang membawa hati2 mereka kepadaMu keranaMu..bukan pada aku…"

Risaunya…andai iman aku time tu melemah..memberi kesan pada si adek2 yang disayangi.. T____T mata terasa panas!

Aku memandang wajah mereka satu persatu…jiwa2 yang mencari ketenanganNya.suci.Banyak hak mereka yang telah aku abaikan.Astaghfirullah…

Sejak akhir-akhir ni aku perasan sesuatu yang lain pada mereka…

Tiada gurauan manja sesama mereka.
Tiada kesepakatan.
Suasana hambar.Pelik!

Aku sebagai murobbi jadi risau,cuak,bersalah…habeslah..

Kerana itu,sebelum kami berjumpa semalam..aku meminta pandangan 2 ahl baytku merangkap sahabat perjuanganku..cara yang terbaik,nak cater apa time liqo…and so on…berusaha mencapai yang terbaik!

Liqo' aku dan mereka berjalan seperti biasa…sehingga ke akhirnya…tetapi selepas doa penutup dan surah al-asr dibaca..sesuatu berlaku! Rumit untuk diceritakan di sini.

Diuji keretakan ukhuwah…
Jika masalah ini tak diselesaikan..kader2 dakwah akan melemah..gara2 tiadanya tafahhum.Aku tak nak kehilangan serikandi islam!

Gambaran situasi:tangisan,pujukan,masalah dan penyelesaian,suasana sedikit tertekan.Kesangsian yang bermain2 di jiwa aku dan adik2 akhirnya tersurat,konflik dalaman kini terbongkar,segala2 permasalahan terjawab!

Segala puji bagiMu Ya Rabb!
Terlerai sudah satu simpulan yang sukar dileraikan.

Biarlah apa yang berlaku tika itu menjadi kenangan manes aku dan adek2 dalam lipatan sejarah tarbiyyah dan dakwah kami…

Alhamdulillah,aku dapat pulang ke rumah dengan jiwa yang tenang,..

Sujud syukurku buatMu Ya Allah..atas kurniaanMu…

Nak tau sesuatu?

Peristiwa ini mirip mimpi aku!

Situasi 2 anak kecil tadi!
Kebekuan dan konflik dalaman terlerai sudah…
Kaseh dan sayang sesama mereka…kini satu..hanya kerana Allah…

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara" (kalamullah)

Dalam dakapan ukuwah. 🙂

_________________________________

*muhasabah: adek2 menggambarkan kondisi si kakak.
T___T
*aku cinta kamu kerana Allah! ❤

Posted from my3iliyyin

Testing

Bismillahirragmaanirrahim..
Testing..via 3iliyyin~

Posted from my3iliyyin

seronok bersahabat?alhamdulillah…

Seronok kan…mempunyai sahabat? Belajar , bermain, tidur dan pelbagai aktiviti menjadi seronok apabila bersama kawan-kawan. Jika diteliti, mereka mempunyai pelbagai kerenah yang berbeza-beza…hinggakan ada yang boleh memeningkan kepala. Walauapapun, mereka tetap kawan-kawan kita…Kita perlu bijak memilih kawan dalam meneruskan perjuangan.Pilihlah yang membantu…bukan yang membantut. Untuk mengenali diri seseorang…lihatlah dengan siapa dia bersahabat. Sahabat yang sebaiknya ialah sahabat yang membuatkan  kita mengingati Allah..itulah yang sebaiknya , insyaAllah tika susah dia ada bersama..bukan hanya teman untuk berseronok semata-mata. Subhanallah! Indahnya bila bersahabat kerana Allah!!!

syukran jzkk to:

All my friends…sayang antunna…

khususnya : atiqah khairudin-kak atiqah mahassan-k.izzati abd. razak-shaidatul atiqah-athirah azmi-jetty zamry-kamariah kamarzaman-farah dina-faizah ismail-nadhrah azmi-khadijah salim-nurul ain azman…..n ramai lagi!!!

semoga Allah rahmati ukhuwah kita…ameen (^^,)

 

irbid,jordan 2012