Archive for November, 2010

“M.U.L.T.I.P.L.I.E.R”

Bismillahirrahmanirrahim…

Maha Suci Allah yang menciptakan stiap sesuatu tanpa sia-sia.Saya lebih suka untuk berkongsi secara santai..

Semalam,saya menghadiri sebuah kelas ekonomi yang diajar oleh Dr. Emad Barakat. Muhadharah(lecture) beliau adalah berkenaan dengan multiplier..gandaan.Gandaan yang terlibat dalam Net National Product (NNP).Konsepnya ialah sebarang perubahan yang berlaku dalam pelaburan  akan membawa perubahan berganda di dalam tahap keseimbangan pendapatan atau Net National Product(NNP).

“oh..begitu konsepnya…”begitulah antara respon yang diberikan oleh kami. Kemudian, Dr. membacakan kepada kami sepotong ayat Al-Qur’an..:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيم

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah Al-Baqarah : 261)

‘Subhanallah…” hati kami terkesima..bila Dr. Emad Barakat membacakan ayat ini…tersedar akan kebesaran Allah. Jika ahli sains akan kagum dengan penemuan penciptaan manusia di dalam Al-Qur’an..maka,ahli ekonomi pula tertaut hatinya pada ayat seperti di atas.

Firman Allah di atas menerangkan tentang ganjaran bagi sesiapa yang meng’infak’kan hartanya di jalan Allah. Terselit juga di situ konsep yang sedang kami belajar iaitu ‘multiplier’ untuk ganjaran bagi yang meng’infak’kan hartanya di jalan Allah. Inilah keagungan Allah. Semakin tertarik dan sangat kagum dengan Mukjizat Allah yang satu ini yaitu Al-Qur’an..Bahkan jua berganda-ganda  kagumnya dengan kekuasan Allah Yang Maha Pencipta.

Irbid,Jordan

Advertisements

don’t be sad…

Bismillah…

salam ‘alaik!

setelah sekian lama aku terhenti dari menulis sebarang tulisan. blogspotku yang sebelum ini dipenuhi post2 terbaru kini hanya tinggal kenangan.panjang kisahnya.walauapapun, aku masih punya waktu. Bangkitlah wahai pemuda!