.:K.U.N.C.I:.

Bismillahirrahmaanirrahim…

Alhamdulillah…dengan ni’mat yang Allah kurniakan pada kita…

Antara ni’mat yang sering kita terlupa adalah waktu lapang…semoga kita tergolong dikalangan mereka yang memanfaatkan waktu lapangnya…insyaAllah.

Hari ini dimulakan dengan aktiviti membuat roti canai bersama sahabat2…skill mencanai diperbaiki sedikit demi sedikit walau tidak pakar…tetapi berbekalkan pengalaman yang sedikit dan tangan yang masih kekok akhirnya ia selamat kini dalam perut2 yang memakannya..credit to all ahlmuadz.

Saya pulang ke rumah setelah selesai aktiviti mencanai.Kemudian berlakulah satu peristiwa….

Turun dari teksi di hadapan rumah.Dan seperti biasa…sebelum sampai depan pintu rumah, saku winter coat akan diseluk untuk mendapatkan kunci(cepat sikit dapat masuk rumah).Tapi,kali ni…hampa..xdapat detect objek berbentuk kunci dalam saku.Sampai depan rumah,beg galas diselongkar..satu demi satu ruangan yang terdapat pada beg dibuka…poket depan,poket tepi,ruang besar,….,…semua takde!huhu…ahli bayt semua keluar.Dah mula berkira2 untuk menumpang di rumah sahabat lain…Camna ni?! Nafas ditarik agar diri kembali bertenang dan berfikir… Sebelum membuat keputusan untuk ke rumah sahabat, saku winter coat diseluk sekali lagi..detect bentuk tisu,pendrive,duit siling..xde pon kunci!…takpe..sekali lagi, saya seluk saku tapi kali ini untuk mengeluarkan semua barang dan lihat sendiri apa yang terdapat dalam saku winter coat ku…dan,

Alhamdulillah, KUNCI RUMAH !!!

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hambaMu ini tarbiyyah hidup.

‘ KUNCI YANG HILANG ‘

>>Tanpa kunci,pintu rumah tak mampu dibuka.

~Begitu juga dalam hidup, kita ada kuncinya…terpulang samada hendak menggunakan kunci tersebut atau disimpan.Kita telah disuap dengan pelbagai bahan tarbiyyah melalui aktiviti..qiam,usrah,daurah..,….,semuanya atas kita hendak menggunakan semua itu bagaimana..atau sekadar diperam hingga ianya membusuk? wana’uzubillahi minzalik.

>>Seluk saku…tak dapat detect object kunci…tapi apabila saku diseluk dan barang2 dikeluarkan..akhirnya kunci dijumpai!

~Usaha sehabis mungkin dengan pelbagai cara untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Cita2 kita semua BESAR…hendak mencapai UA,Ustaziatul Alam. Sudah cukupkah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini? so,apa tunggu lagi wahai penulis dan sahabat2? Perkemaskan gerak langkah anda, insyaAllah setiap derap langkah anda tidak akan disia2kan. Ganjaran telah dijanjikan bagi mereka yang berjihad di jalanNya !

~Aplikasi dakwah seolah2 dapat dikaitkan dengan situasi ini di mana kita sebagai daie hendaklah touch and grow bukan sekadar touch n go!!! dalam kita ber’DF'(Dakwah Fardiah) mithalnya, mad’u yang kita dekati hendaklah di follow up perkembangan mereka(Touch n Grow)…sihatkah Iman mereka, sihatkah jism mereka, hati mereka….jika mereka memerlukan kita,cuba untuk berada di sisi mereka.(kadang2 mereka tidak nyatakan mereka punya masalah,tetapi kita perlu peka dengan sebarang perubahan atau kelainan yang berlaku) kerana kadang2 mereka mahukan perhatian agar mereka dapat merasakan ada seseorang menyokongnya dari belakang.Ingatan juga buat diri penulis agar tidak meninggalkan mad’u..walaupun mereka tidak mahu bersama dengan kita dalam satu sistem tarbiyyah.(avoid Touch n Go )Isi sebarapa boleh kefahaman tentang Islam agar mereka juga dapat memahami Islam sepertimana kita..malahan lebih baik lagi!

**Sekadar ini dahulu perkongsian buat kali ini. Semoga kita semua berada di bawah Rahmat-Nya….Ameen.

Irbid,Jordan.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Assalamualaikum…nice entri…hehe…nk jugak kunci cantik….ana pun pernah susah nk bukak pintu rumah, bukan sebab kunci takde, tetapi kunci ketat sgt…

    yg ana dapat adalah tarbiyyah sabar…
    betapa daie itu kena sabar walaupun dgn benda2 kecil !

    Reply

    • nad, betul3… =)

      dan dari sekecil2 perkara hinggalah sebesar2nya…

      tidaklah berlaku sesuatu itu melainkan pasti terselit hikmah disebaliknya…

      >>kadang2 jd risau jika pengamalan xseberapa dari apa yg diperkatakan…Astaghfirullah..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: