Archive for January, 2012

seronok bersahabat?alhamdulillah…

Seronok kan…mempunyai sahabat? Belajar , bermain, tidur dan pelbagai aktiviti menjadi seronok apabila bersama kawan-kawan. Jika diteliti, mereka mempunyai pelbagai kerenah yang berbeza-beza…hinggakan ada yang boleh memeningkan kepala. Walauapapun, mereka tetap kawan-kawan kita…Kita perlu bijak memilih kawan dalam meneruskan perjuangan.Pilihlah yang membantu…bukan yang membantut. Untuk mengenali diri seseorang…lihatlah dengan siapa dia bersahabat. Sahabat yang sebaiknya ialah sahabat yang membuatkan  kita mengingati Allah..itulah yang sebaiknya , insyaAllah tika susah dia ada bersama..bukan hanya teman untuk berseronok semata-mata. Subhanallah! Indahnya bila bersahabat kerana Allah!!!

syukran jzkk to:

All my friends…sayang antunna…

khususnya : atiqah khairudin-kak atiqah mahassan-k.izzati abd. razak-shaidatul atiqah-athirah azmi-jetty zamry-kamariah kamarzaman-farah dina-faizah ismail-nadhrah azmi-khadijah salim-nurul ain azman…..n ramai lagi!!!

semoga Allah rahmati ukhuwah kita…ameen (^^,)

 

irbid,jordan 2012

 

Advertisements

mengapa perlu cinta?

Kerana ia adalah satu fitrah kurniaan Allah untuk hambanya. Syukurilah…tanda syukur kita dengan nikmat cintanya ialah mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Jika kita menyintai seseorang pasti segala kemahuannya seboleh-bolehnya akan dipenuhi…begitu juga tanda-tanda yang dapat dilihat pada individu yang mencintai Allah , malahan lebih lagi dari itu.  Segala-galanya adalah kerana Allah. Kemudian cintakan Rasul…dengan menhidupkan sunnahnya serta mensyukuri ni’mat Iman dan Islam yang dikurnia Allah melalui Rasulullah s.a.w. yang dapat kita kecapi kini…Alhamdulillah.

Saya pasti anda semua tidak melupakan cinta terhadap kedua ibu bapa kita. Ibu yang melahirkan…peritnya bersalin hanya Allah dan ibu yang tahu, Ayah yang memberi nafkah… memerah keringat…mereka menjaga, mengasuh dan mendidik kita.Balasannya? Adakah kita menjadi anak yang soleh atau solehah buat mereka? Adakah amanah yang mereka berikan kepada kita tertunai? Mari kita refleksi diri…

Perlukah bercinta…dengan mereka yang berlainan jantina? Ya,….itukan fitrah yang dianugerah oleh Allah..tetapi…bimbinglah ia dengan Iman , ikutlah kehendak syara’..Bercintalah hanya setelah anda dan dia ‘halal’ iaitu selamat berkahwin. Sudah bersedia untuk menambah lagi tanggungjawab? Tanggungjawab kita terhadap ibu bapa sudah tertunai?

Fikir-fikirkanlah…Berfikirlah dengan hati , akal serta Iman..insya Allah kita akan dibimbing kepada kebaikan , bukan mengikut nafsu semata-mata…yang selalunya membawa kepada kebinasaan. Dahulukan cinta Allah,Pencipta kita sebelum mencintai ‘si dia’ yang dicipta.Adakah cinta kita kepada Rasulullah.s.a.w.?Adakah cinta kita kepada ‘si dia’ melebihi cinta kita kepada ibu bapa yang berkorban untuk kita sejak dari kecil lagi???

So?

 

study..n study lagi !

Belajar , belajar dan terus belajar…
Belajarlah dengan hati…i.Allah mudah. Niatkan kerana Allah…untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kemudian, adalah untuk mendapatkan redha ibu bapa, pendidik dan orang disekeliling. Keperitan yang dihadapi ketika proses menuntut ilmu pasti akan terasa manisnya apabila kejayaan dikecapi. Ilmu sebenarnya merupakan satu ‘alat’ bagi kita mencapai ‘matlamat’ iaitu redha Allah.Kerana dengannya kita boleh mengenali Allah dengan lebih dekat..menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah dan banyak lagi !
Hasil pemerhatian saya pada pelajar-pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademiknya(macam prof plak) , mereka menuntut ilmu atau belajar adalah untuk mendapatkan ilmu dan tidak pernah rasa cukup dengan ilmu yang ada beserta niat dan matlamat yang jelas. Bagi mereka , keputusan cemerlang yang diperoleh bukanlah tanda bahawa ilmu mereka telah sempurna tetapi mereka semakin merasa bahawa masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Saya sangat kagum dengan ‘mereka’ yang mempunyai semangat yang sangat luar biasa dalam menuntut ilmu walaupun ‘mereka’ yang sebenarnya hanyalah insan biasa yang akhirnya membuahkan hasil yang luar biasa.

Lihatlah Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan ulama’ terkenal kini iaitu Dr. Yusuf Al-Qardhawi , yang menguasai pelbagai bidang ilmu sekaligus menyumbang manfaatnya untuk ummah.dan ramai lagi bijak pandai yang lain..

. .segala-galanya bermula dari dalam diri kita…niat,berusaha..

Bagaimana dengan diri kita?

anda?

“aku adalah aku yang sekarang…”

“Dia adalah seorang manusia yang hidup di muka Bumi ini…”

“mereka adalah hamba Allah…”

“Dia juga khalifah..”

kamu?

Jadi, apakah pendapat anda tentang diri anda?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda menjawabnya.

bangun awal..kan lebih bagus..

berpagi-pagi...moga harimu diberkati

“Along, angah,adik…bangun! Solat subuh….”
Antara ayat yang sering dikeluarkan oleh Ibu atau Bapa sewaktu kita masih kecil. Bayangkan betapa liatnya kita pada waktu itu…berulang-ulang kali dipanggil belum tentu kita akan bangun melainkan setelah dituntun ke bilik air.
Kini…apakah kita seorang yang masih perlu dituntun dan solat pada waktu subuh gajah atau waktu diniharinya sudah dipenuhi oleh amal ibadah tanda rindunya pada Allah sementara menanti waktu subuh? Saya yakin anda kenali siapa diri anda yang sebenarnya…