Archive for the ‘coretantinta..’ Category

Kenapa dengan kamu ?

“Rumah saya banjir lagi…sobs…sobs…”

Ya, lebih sepuluh kali kami bertungkus lumus membuang air yang keluar dari saluran air dapur , dan lebih sepuluh kali juga hati kami teruji adakah kami ikhlas membersihkan rumah…

“Astaghfirullah…”

Hanya satu kalimah yang mampu kulafazkan…

Agaknya dah berapa kali lah hati ini menyumpah itu dan ini, mengumpat encik ‘wakil tuan rumah’ atau mengutuk lubang xbernyawa yang tersumbat tu…huhu~

Kali pertama air membanjiri rumah kami adalah dikala  minggu exams..owh, masa time tu..hati meronta bertaubat …klu2 ujian ini kerana dosa2 lalu…maka diri ini menyesali..alhamdulillah..akhirnya,air berhenti mengalir keluar dari lubang…

Tapi,

Aku lupa…ini semua berlaku dengan izin Allah..bukan kerana aku yang berusaha pon… ” of course not! ”

Kemudian,beberapa kali lagi rumah kami ‘dinaiki’ air…

Sedarlah wahai diri…
Allah mahu menguji sejauh mana ikhlasmu ?
Juga , sabarkah kamu tatkala diuji ?
Dan adakah Dia masih menjadi rujukanmu tatkala diuji ?

Belajarlah dari seerah…
kesudahan mereka yang diuji , meminta dijauhkan bala..tapi dikala senang…dia lupa…
Belajarlah dari Rasulullah yang ikhlas dalam stiap tingkah lakunya..
Belajarlah dari alam yang tunduk kepada Allah walau bagaimana keadaan melanda , mereka setia…

“astaghfirullah”

YA RABBI , ampuni dosa2 kami…

Moga kami tergolong dikalangan hamba-Mu yang mukhlisin… Ameen…

*******

P/s; sahabat ghurabaa’ ku…moga tarbiyyah Allah ini menjadikan kita hambaNya yang benar2 mukhliseen,musbireen, dan mujahideen !

AMEEN.

Posted from my3iliyyin

Advertisements

Kembaraku di Bumi Anbiyaa’

Bismillahirrahmaanirrahim…

semoga kita semua berada di bawah rahmat-Nya…

Alhamdulillah,satu subjek peperiksaan selesai diharungi…masih berbaki 5 subjek lagi.

Juga dipanjatkan kesyukuran apabila subjek yang mahu diambil untuk short sem nanti telah selamat di daftarkan , sekalung penghargaan buat mereka yang membantu saya dan sahabat-sahabat.

Melihat ruangan kanan atas blog(daisypath) menunjukkan bahawa kembara ilmuku di bumi anbiyaa’ ini berbaki hanya lebih kurang 1 tahun sahaja lagi…

‘sejekap betul!’

Rase baru hari tu je kapal terbang Royal Jordanian mendarat menurunkan kami di bumi ini.

teringat saat-saat…

Bila tayar kapal terbang mula terangkat..aku mula untuk ‘up date’ balik niat ke Jordan..sepanjang perjalanan aku berfikir2

‘kenapa aku nak datang Jordan ea?…sebab ape?’

Risau..kalau-kalau kembara ni hanya akan menjadi sia-sia..

‘dua tujuan utama manusia hidup di dunia…apa?’

‘ibadah….satu lagi,sebagai khalifah..’

Kedua-dua di atas adalah untuk kita capai redha Allah,matlamat paling besar kita.

Oppsss..sebelum tu…saya sekarang sedang menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Syari’ah (Ekonomi dan Perbankan Islam)

—————-

P/s; act,ni post stahun yg lpas…saje tgk2 posted post…skali jumpa yang draft post…huhu~ni kes kerja tertangguh la ni..astaghfirullah…muslim yg faham peranannya n tanggungjawabnya yg sangat banyak,takkan menangguh dalam urusannya…seperti yang disebutkan pakcik IHAB…tanggungjawab kita melebihi waktu yang ada…

Jom menjadi manusia yang tersusun dalam stiap urusan !

Diri Ini

Bismillahirrahmanirrahim…

Diri ini…
Rasa sepi umpama sepinya malam…
Mengapa sesepi itu?
Kerana tiada teman?
Kerana tiada gelak ketawa bersama?
Atau kerana …
Ya, sepi kerana jiwa ku terasa gersang !!!
Gersang dek dosa-dosa yang menggunung ku kira…
Gersang pabila hati ini dibiar sepi tanpa siraman baja zikrullah…
Gersang kerana diri ini terasa jauh dari-Mu, Ya Allah!

Diri ini…
Mencari-cari adakah cintaku pada-Mu?
Atau cintaku pada dunia melebihi cintaku pada-Mu?
Astaghfirullah…
Ya Allah, Bimbinglah diri ini…
Yang kian hanyut…sepi….gersang!!!
Keperitan dalam kesenangan…
Apabila diri ini tidak mensyukuri nikmat kesenangan yang Kau limpahkan…

Diri ini…
Sedar…pintu taubat-Mu luas terbuka buat hamba-Nya yang bertaubat…
Kini, kurasai jiwa ini semakin dihambat rasa rindu pada-Mu…
Tapi, bagaimana?
Apa yang perlu ku lakukan untuk meraih cinta-Mu?
Beramal…tanda syukurku pada-Mu…
Kembali menghayati erti ‘Islam sebagai satu cara hidup’…
Praktikkannya dalam hidup diri ini
Kerana ia bisa kembali menyepi…
Jika diri ini tidak berusaha mendidik diri…
menyemai Iman yang kembali berputik..
agar ia tumbuh mekar dalam diri ini…
menghadapi hari-hari esok.

Oleh: Diri ini (3 Mac 2010)

kenapa sesepi ini?

Bismillahirrahmanirrahim…

kenapa aku merasa sesepi ini?

bila sahabat tiada disekeliling…

mereka hilang entah ke mana…

mencari ketenangan diri sendiri mungkin..

terasa aku gagal…

gagal dalam membimbing sahabat2ku sendiri…

semua dengan cara mereka sendiri…

salahkah aku berpesan itu dan ini???

mungkin aku tersilap…

silap dalam caraku menegur mereka…

aku hampir futur!!!! (TIDAKKK!!!)

Ya Allah..betulkanlah aku jika aku tersalah…

bimbinglah aku ya Allah…

aku sedar…aku perlu sabar dan tabah tika berada di jalan ini…

ianya tidak semudah sepertimana yang diperkatakan…

mereka tidak tahu!!!

maka atasku dan sesiapa yang mengetahui untuk membimbing mereka..

agar ianya menjadi saksi di akhirat sana..

semoga hari-hari seterusnya tidak sesepi ini…

Irbid,Jordan.