Archive for the ‘Open Your Eyes’ Category

study..n study lagi !

Belajar , belajar dan terus belajar…
Belajarlah dengan hati…i.Allah mudah. Niatkan kerana Allah…untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Kemudian, adalah untuk mendapatkan redha ibu bapa, pendidik dan orang disekeliling. Keperitan yang dihadapi ketika proses menuntut ilmu pasti akan terasa manisnya apabila kejayaan dikecapi. Ilmu sebenarnya merupakan satu ‘alat’ bagi kita mencapai ‘matlamat’ iaitu redha Allah.Kerana dengannya kita boleh mengenali Allah dengan lebih dekat..menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah dan banyak lagi !
Hasil pemerhatian saya pada pelajar-pelajar yang cemerlang sahsiah dan akademiknya(macam prof plak) , mereka menuntut ilmu atau belajar adalah untuk mendapatkan ilmu dan tidak pernah rasa cukup dengan ilmu yang ada beserta niat dan matlamat yang jelas. Bagi mereka , keputusan cemerlang yang diperoleh bukanlah tanda bahawa ilmu mereka telah sempurna tetapi mereka semakin merasa bahawa masih terlalu banyak yang perlu dipelajari. Saya sangat kagum dengan ‘mereka’ yang mempunyai semangat yang sangat luar biasa dalam menuntut ilmu walaupun ‘mereka’ yang sebenarnya hanyalah insan biasa yang akhirnya membuahkan hasil yang luar biasa.

Lihatlah Ibn Sina, Al-Khawarizmi dan ulama’ terkenal kini iaitu Dr. Yusuf Al-Qardhawi , yang menguasai pelbagai bidang ilmu sekaligus menyumbang manfaatnya untuk ummah.dan ramai lagi bijak pandai yang lain..

. .segala-galanya bermula dari dalam diri kita…niat,berusaha..

Bagaimana dengan diri kita?

Advertisements

.:K.U.N.C.I:.

Bismillahirrahmaanirrahim…

Alhamdulillah…dengan ni’mat yang Allah kurniakan pada kita…

Antara ni’mat yang sering kita terlupa adalah waktu lapang…semoga kita tergolong dikalangan mereka yang memanfaatkan waktu lapangnya…insyaAllah.

Hari ini dimulakan dengan aktiviti membuat roti canai bersama sahabat2…skill mencanai diperbaiki sedikit demi sedikit walau tidak pakar…tetapi berbekalkan pengalaman yang sedikit dan tangan yang masih kekok akhirnya ia selamat kini dalam perut2 yang memakannya..credit to all ahlmuadz.

Saya pulang ke rumah setelah selesai aktiviti mencanai.Kemudian berlakulah satu peristiwa….

Turun dari teksi di hadapan rumah.Dan seperti biasa…sebelum sampai depan pintu rumah, saku winter coat akan diseluk untuk mendapatkan kunci(cepat sikit dapat masuk rumah).Tapi,kali ni…hampa..xdapat detect objek berbentuk kunci dalam saku.Sampai depan rumah,beg galas diselongkar..satu demi satu ruangan yang terdapat pada beg dibuka…poket depan,poket tepi,ruang besar,….,…semua takde!huhu…ahli bayt semua keluar.Dah mula berkira2 untuk menumpang di rumah sahabat lain…Camna ni?! Nafas ditarik agar diri kembali bertenang dan berfikir… Sebelum membuat keputusan untuk ke rumah sahabat, saku winter coat diseluk sekali lagi..detect bentuk tisu,pendrive,duit siling..xde pon kunci!…takpe..sekali lagi, saya seluk saku tapi kali ini untuk mengeluarkan semua barang dan lihat sendiri apa yang terdapat dalam saku winter coat ku…dan,

Alhamdulillah, KUNCI RUMAH !!!

Terima kasih ya Allah kerana memberikan hambaMu ini tarbiyyah hidup.

‘ KUNCI YANG HILANG ‘

>>Tanpa kunci,pintu rumah tak mampu dibuka.

~Begitu juga dalam hidup, kita ada kuncinya…terpulang samada hendak menggunakan kunci tersebut atau disimpan.Kita telah disuap dengan pelbagai bahan tarbiyyah melalui aktiviti..qiam,usrah,daurah..,….,semuanya atas kita hendak menggunakan semua itu bagaimana..atau sekadar diperam hingga ianya membusuk? wana’uzubillahi minzalik.

>>Seluk saku…tak dapat detect object kunci…tapi apabila saku diseluk dan barang2 dikeluarkan..akhirnya kunci dijumpai!

~Usaha sehabis mungkin dengan pelbagai cara untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Cita2 kita semua BESAR…hendak mencapai UA,Ustaziatul Alam. Sudah cukupkah dengan apa yang telah kita lakukan selama ini? so,apa tunggu lagi wahai penulis dan sahabat2? Perkemaskan gerak langkah anda, insyaAllah setiap derap langkah anda tidak akan disia2kan. Ganjaran telah dijanjikan bagi mereka yang berjihad di jalanNya !

~Aplikasi dakwah seolah2 dapat dikaitkan dengan situasi ini di mana kita sebagai daie hendaklah touch and grow bukan sekadar touch n go!!! dalam kita ber’DF'(Dakwah Fardiah) mithalnya, mad’u yang kita dekati hendaklah di follow up perkembangan mereka(Touch n Grow)…sihatkah Iman mereka, sihatkah jism mereka, hati mereka….jika mereka memerlukan kita,cuba untuk berada di sisi mereka.(kadang2 mereka tidak nyatakan mereka punya masalah,tetapi kita perlu peka dengan sebarang perubahan atau kelainan yang berlaku) kerana kadang2 mereka mahukan perhatian agar mereka dapat merasakan ada seseorang menyokongnya dari belakang.Ingatan juga buat diri penulis agar tidak meninggalkan mad’u..walaupun mereka tidak mahu bersama dengan kita dalam satu sistem tarbiyyah.(avoid Touch n Go )Isi sebarapa boleh kefahaman tentang Islam agar mereka juga dapat memahami Islam sepertimana kita..malahan lebih baik lagi!

**Sekadar ini dahulu perkongsian buat kali ini. Semoga kita semua berada di bawah Rahmat-Nya….Ameen.

Irbid,Jordan.

Syu hai?…(apakah ini?)

Bismillahirrahminirrahim…

Segala puji-pujian hanya milik Allah…

‘syu hai? ‘ bermaksud ‘apakah ini’ yang digunakan dalam bahasa pasar jordan. Terdapat sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama anda. Minggu lepas saya ke ‘balad’ untuk membeli beberapa barang keperluan musim sejuk .Selesai membeli..saya dan seorang lagi sahabat segera mendapatkan teksi untuk pulang ke ‘sakan'(tempat tinggal). Kebetulan pemandu kereta teksi yang kami naik kali ini membawa anaknya sekali,comelll…sepanjang perjalanan..kami mendengar perbualan antara mereka berdua..antaranya..

anak: syu hai?

bapa: mabna lilmalabis…

kemudian si anak kembali melemparkan pandangannya keluar tingkap dan bertanya kepada ayahnya setiap kali ada sesuatu yang menarik perhatiannya…saya dan sahabat yang berada disebelah hanya memerhatikan gelagat bapa yang melayan persoalan anaknya..hinggalah ketika kami melalui di sebuah ’round about’ yang dipanggil  Duar Qubah (duar qube’..dialek kampung,memang terdapat sebuah kubah di situ). Si anak masih lagi dengan soalannya..

anak: syu hai ?

ayah: Duar Qube’

anak: Duar Qube?

si anak bertanya…kemudian terdiam…(mungkin memproses data yang diterima)…tiba2 si anak berkata…

anak: Salallahu ‘alaihi wasallam…

terkesima saya yang sedari awal mengikuti perbualan mereka. Subhanallah…Maha Suci Allah…anak itu..anak itu…kalimahnya..mengembalikan kami yang mendengarnya kepada mengingati Rasulullah…utusan Allah..juga Allah Yang Maha Berkuasa..

kemudian…si ayah menyambut selawat yang disebut oleh anaknya…

Pada orang lain mungkin ini hanya situasi biasa dengan dialog biasa dari seorang anak kepada ayahnya..tetapi bagi saya ianya lebih dari itu…ianya …

>>Satu dialog dari seorang anak kecil yang memerhatikan alam sekeliling…adakah kita seperti anak ini?…melihat..dan berfikir?Anak ini dengan pengalaman yang sedikit mengaitkan sesuatu dengan apa yang diketahuinya..terbukti..apabila melihat ‘Duar Qubah’ yang terdapat qubah ditengah2 ’round about’ itu terus berselawat ke atas Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wasallam..Malahan,sepatutnya kita lebih dari itu…jika kita memahami yang setiap yang diciptakan Allah bukanlah sia-sia….


” (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (101) Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya. (102) Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (103)”                                                                               ٍ                                                    (Surah Al:An’aam:101-103)

>>Membawa antara contoh terbaik dalam mendidik anak-anak. Ayah dengan penuh sabar menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh anaknya…kesabaran sedikit sebanyak teruji…tetapi,ganjaran bagi Ibu Bapa yang mendidik anak tersangatlah besar…lebih-lebih lagi apabila anak yang dididik ini menjadi anak yang soleh. Allahu Akbar!

>>Mengingatkan kita tentang peranan kita sebagai khalifah…dengan kata-kata yang ringkas..tetapi mengesankan pendengar…apabila ianya dari hati maka jatuhnya juga di hati…ikhlas…hadirkan diri.

Jom belajar dari anak kecil ini!!!

**thanks to adik yg comel,berumur 4 tahun lebih…saat-saat akhir kami di dalam teksi..si ayah mengajarkan anaknya agar mendoakan kami…”insyaAllah,nadkhul ila Jannah..”.Semoga Allah merahmatimu wahai adik dan keluargamu…semoga menjadi anak yang soleh wa musleh!!!

Irbid,Jordan

“M.U.L.T.I.P.L.I.E.R”

Bismillahirrahmanirrahim…

Maha Suci Allah yang menciptakan stiap sesuatu tanpa sia-sia.Saya lebih suka untuk berkongsi secara santai..

Semalam,saya menghadiri sebuah kelas ekonomi yang diajar oleh Dr. Emad Barakat. Muhadharah(lecture) beliau adalah berkenaan dengan multiplier..gandaan.Gandaan yang terlibat dalam Net National Product (NNP).Konsepnya ialah sebarang perubahan yang berlaku dalam pelaburan  akan membawa perubahan berganda di dalam tahap keseimbangan pendapatan atau Net National Product(NNP).

“oh..begitu konsepnya…”begitulah antara respon yang diberikan oleh kami. Kemudian, Dr. membacakan kepada kami sepotong ayat Al-Qur’an..:

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيم

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah Al-Baqarah : 261)

‘Subhanallah…” hati kami terkesima..bila Dr. Emad Barakat membacakan ayat ini…tersedar akan kebesaran Allah. Jika ahli sains akan kagum dengan penemuan penciptaan manusia di dalam Al-Qur’an..maka,ahli ekonomi pula tertaut hatinya pada ayat seperti di atas.

Firman Allah di atas menerangkan tentang ganjaran bagi sesiapa yang meng’infak’kan hartanya di jalan Allah. Terselit juga di situ konsep yang sedang kami belajar iaitu ‘multiplier’ untuk ganjaran bagi yang meng’infak’kan hartanya di jalan Allah. Inilah keagungan Allah. Semakin tertarik dan sangat kagum dengan Mukjizat Allah yang satu ini yaitu Al-Qur’an..Bahkan jua berganda-ganda  kagumnya dengan kekuasan Allah Yang Maha Pencipta.

Irbid,Jordan

salam ‘alaik!

setelah sekian lama aku terhenti dari menulis sebarang tulisan. blogspotku yang sebelum ini dipenuhi post2 terbaru kini hanya tinggal kenangan.panjang kisahnya.walauapapun, aku masih punya waktu. Bangkitlah wahai pemuda!