Archive for the ‘titik itu!’ Category

Kenapa dengan kamu ?

“Rumah saya banjir lagi…sobs…sobs…”

Ya, lebih sepuluh kali kami bertungkus lumus membuang air yang keluar dari saluran air dapur , dan lebih sepuluh kali juga hati kami teruji adakah kami ikhlas membersihkan rumah…

“Astaghfirullah…”

Hanya satu kalimah yang mampu kulafazkan…

Agaknya dah berapa kali lah hati ini menyumpah itu dan ini, mengumpat encik ‘wakil tuan rumah’ atau mengutuk lubang xbernyawa yang tersumbat tu…huhu~

Kali pertama air membanjiri rumah kami adalah dikala  minggu exams..owh, masa time tu..hati meronta bertaubat …klu2 ujian ini kerana dosa2 lalu…maka diri ini menyesali..alhamdulillah..akhirnya,air berhenti mengalir keluar dari lubang…

Tapi,

Aku lupa…ini semua berlaku dengan izin Allah..bukan kerana aku yang berusaha pon… ” of course not! ”

Kemudian,beberapa kali lagi rumah kami ‘dinaiki’ air…

Sedarlah wahai diri…
Allah mahu menguji sejauh mana ikhlasmu ?
Juga , sabarkah kamu tatkala diuji ?
Dan adakah Dia masih menjadi rujukanmu tatkala diuji ?

Belajarlah dari seerah…
kesudahan mereka yang diuji , meminta dijauhkan bala..tapi dikala senang…dia lupa…
Belajarlah dari Rasulullah yang ikhlas dalam stiap tingkah lakunya..
Belajarlah dari alam yang tunduk kepada Allah walau bagaimana keadaan melanda , mereka setia…

“astaghfirullah”

YA RABBI , ampuni dosa2 kami…

Moga kami tergolong dikalangan hamba-Mu yang mukhlisin… Ameen…

*******

P/s; sahabat ghurabaa’ ku…moga tarbiyyah Allah ini menjadikan kita hambaNya yang benar2 mukhliseen,musbireen, dan mujahideen !

AMEEN.

Posted from my3iliyyin

Advertisements

Kembaraku di Bumi Anbiyaa’

Bismillahirrahmaanirrahim…

semoga kita semua berada di bawah rahmat-Nya…

Alhamdulillah,satu subjek peperiksaan selesai diharungi…masih berbaki 5 subjek lagi.

Juga dipanjatkan kesyukuran apabila subjek yang mahu diambil untuk short sem nanti telah selamat di daftarkan , sekalung penghargaan buat mereka yang membantu saya dan sahabat-sahabat.

Melihat ruangan kanan atas blog(daisypath) menunjukkan bahawa kembara ilmuku di bumi anbiyaa’ ini berbaki hanya lebih kurang 1 tahun sahaja lagi…

‘sejekap betul!’

Rase baru hari tu je kapal terbang Royal Jordanian mendarat menurunkan kami di bumi ini.

teringat saat-saat…

Bila tayar kapal terbang mula terangkat..aku mula untuk ‘up date’ balik niat ke Jordan..sepanjang perjalanan aku berfikir2

‘kenapa aku nak datang Jordan ea?…sebab ape?’

Risau..kalau-kalau kembara ni hanya akan menjadi sia-sia..

‘dua tujuan utama manusia hidup di dunia…apa?’

‘ibadah….satu lagi,sebagai khalifah..’

Kedua-dua di atas adalah untuk kita capai redha Allah,matlamat paling besar kita.

Oppsss..sebelum tu…saya sekarang sedang menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Syari’ah (Ekonomi dan Perbankan Islam)

—————-

P/s; act,ni post stahun yg lpas…saje tgk2 posted post…skali jumpa yang draft post…huhu~ni kes kerja tertangguh la ni..astaghfirullah…muslim yg faham peranannya n tanggungjawabnya yg sangat banyak,takkan menangguh dalam urusannya…seperti yang disebutkan pakcik IHAB…tanggungjawab kita melebihi waktu yang ada…

Jom menjadi manusia yang tersusun dalam stiap urusan !

pemuda itu…

Bismillahirrahmaanirrahim…

Alhamdulillah…dengan ni’mat yang telah Allah limpahkan untuk kita semua…

entry kali ini saya tujukan khas buat seorang pemuda iaitu…Muhammad Nazifi b. M. Afanddi

”  T.A.H.N.I.A.H !  ”

Along ucapkan untuk acik atas kejayaanmu dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tempoh hari.

Alhamdulillah,bro! (kalah along..)

ketahuilah bahawa ummah ternanti2kan pemuda sepertimu,

yang bakal bersama2 memimpin ummah merealisasikan ‘gah’ nya Islam,

usah merasa rendah diri,

Khalid Al-Walid tika baru memeluk islam sudah dilantik menjadi panglima islam menggantikan panglima yang syahid…

sedangkan masih ada lagi sahabat lain yang telah lama mendahului beliau lamanya dalam islam…

jika diikutkan rasa rendah diri…tidak perlu beliau menggalas amanah itu,

tetapi kerana ISLAM ! beliau terus mara…teruskan langkah….

teruskanlah pecutan itu,wahai adikku!

acik time sekolah rendah..semangat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

acik yang along kenal adalah seorang yang..

bila melakukan sesuatu…bersungguh2 orangnya,

jika mahukan sesuatu…dia akan berusaha mendapatkannya,

bila bercita-cita…..dia akan struggle for it…

everything..adalah untuk ISLAM…kan?

pemuda islam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kerana diciptakan manusia itu atas 2 tujuan utama..

>>ibadah (Az-Zariyaat:56)

>>khalifah (Al-Baqarah:30)

along yakin acik faham tentang ini…

Allah Maha Mengetahui dan mengenali diri hambaNya melibihi kita kenali diri kita sendiri…

kerana Dia yang menciptakan kita..

usahlah rasa gundah…wahai pejuang Islam!

rasa itu jika dilayan mampu buat kita tertinggal dalam proses untuk capai itu….UA (Ustaziatul Alam)!!!

gerabak Islam sentiasa bergerak..

adakah kita hanya mahu sekadar melihat ia bergerak menuju untu mencapai UA ?

atau kita bersama2 gerabak itu…pilihan,atas kita…

buatlah keputusan terbaik dalam menentukan hala tujumu nanti..

gunakan ia sebagai wasilah atau alat untuk capai matlamat iaitu redha Allah..

istikharah…keputusan Allah adalah yang terbaik..insyaAllah.

mujahid muda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Along tahu my bro ni kuattt!

teruskan langkahmu…wahai pejuang ummah!

*jadilah seperti Khalid Al-Walid dalam berjuang menegakkan Islam.

—————————————————————————————————————

Khalid Al-Walid : merupakan salah seorang sahabat Rasulullah. Peperangan pertama beliau terlibat adalah Perang Mu’tah tika itu beliau baru sahaja memeluk islam. Dalam peperangan tersebut beliau telah dilantik menjadi panglima menggantikan Abdullah bin Rawahah yang merupakan panglima ketiga yang syahid.Sebelum itu dua orang panglima yang telah dahulu syahid ialah Zaid bin Harithah dan Ja’afar bin Abi Talib.

UA (Ustaziatul Alam):  menjadi rujukan alam..semua

irbid,jordan.

Masih Ingatkah anda tentang ini?

Bismillahirrahmaanirrahim…

Masih ingatkah anda 10 wasiat Imam Hassan Al-Banna ? Jom kita refresh !!!

  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah.

(sumber:http://sinar.cikedis.com/wasiat-imam-hassan-al-banna)

>>sama-sama kita usaha untuk mengaplikasikan wasiat dan juga peringatan ini..semuanya kerana Allah..

>>menuju ke arah tertegaknya Islam…Ustaziatul Alam!